Saturday, May 24, 2014

Tuesday, May 20, 2014

Kem Bestari Solat kali ke-2 2014.

Kem Bestari Solat merupakan salah satu modul aktiviti yang terkandung di dalam program pelaksanaan j-QAF yang telah dilaksanakan bermula tahun 2005. Setelah program j-QAF diperluaskan ke SJKC dan SJKT pada tahun 2013, maka amatlah penting untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana ia merupakan salah satu program j-QAF yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam memastikan setiap murid yang beragama Islam mampu menunaikan dan melaksanakan solat dengan cara yang betul dan sempurna.

Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam SJK (C) Chung Hua Marudi telah mengadakan Kem Bestari Solat kali ke-2 pada hari Sabtu bersamaan 17 Mei 2014 yang melibatkan semua murid beragama Islam dari tahun 1 hingga tahun 6.





Kem Bestari Solat dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara berwuduk dan pelaksanaan solat. Selain itu, ia dijalankan untuk memastikan murid-murid boleh berwuduk dan menunaikan solat dengan betul dan sempurna daripada aspek bacaan serta perbuatan.






Secara keseluruhannya, Kem Bestari Solat kali ke-2 ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Terdapat peningkatan penguasaan wuduk dan solat di kalangan murid-murid yang beragama Islam. Diharap murid-murid dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.