Friday, October 16, 2015

Pertandingan Bola Keranjang Antara Sekolah-sekolah Rendah.

Pada 7 hingga 8 Oktober 2015 yang lalu, satu Pertandingan Bola Keranjang Antara Sekolah-sekolah Rendah telah diadakan di Miri. Oleh itu, SJK (C) Chung Hua Marudi dan SJK Sungai Jaong telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai pertandingan tersebut bagi kategori lelaki dan perempuan. 

* Aksi lincah Adik Maurice dan Adik Hong Li semasa bermain.


* Cikgu Wong Jing Mei sedang memberi amanat kepada pasukan perempuan.

* Wajah-wajah ceria jurulatih.

Kejayaan demi kejayaan telah dilakarkan oleh kedua-dua pasukan sepanjang 2 hari pertandingan berlangsung sehingga membawa mereka muncul juara bagi kategori lelaki dan perempuan. Selain itu, mereka juga turut memenangi piala keseluruhan dan juga Piala Pusingan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.



* Adik Maurice Huang dipilih sebagai penjaring terbanyak. 

* Adik Huang Hong Li, pemain paling berharga. 



Sekalung tahniah dan syabas buat pasukan Marudi di atas kejayaan tersebut.


Sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Tempat : Dewan Serbaguna SJK (C) Chung Hua Marudi dan sekitar Pekan Marudi.
Tarikh : 15 September 2015 (Selasa).