Friday, May 1, 2015

Karnival Bahasa Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2015.

Pada 29 April lepas, Pertandingan Teka Silang Kata (SJK) telah diadakan sempena Karnival Bahasa Malaysia Peringkat Negeri Sarawak iaitu bertempat di SMK Methodist, Sibu. Seorang murid SJK (C) Chung Hua Marudi iaitu Adik Easther Lahung (tahun 6) telah terpilih bersama-sama 2 orang peserta lain bagi mewakili Bahagian Miri dalam pertandingan tersebut.

Kontinjen Miri yang menyertai pertandingan tersebut.

Tiga orang peserta yang mewakili Bahagian Miri.

Adik Easther merupakan murid tahun 6 SJK (C) Chung Hua Marudi. 

Adik Easther bersama ibu dan guru pengiring, Cikgu Anita Chin.


Walaupun kontinjen Miri tidak meraih sebarang tempat, namun kejayaan mereka menyertai acara tersebut sehingga ke peringkat negeri sangat membanggakan dan pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Adik Easther Lahung khasnya atas pencapaian tersebut.

No comments:

Post a Comment